
TENTANG KAMI
Pertubuhan Rawatan Paliatif Perak (Perak Palliative Care Society, PPCS), adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan. Kami menyediakan perkhidmatan rawatan paliatif kepada pesakit yang memerlukan; tanpa mengira bangsa, agama dan status sosioekonomi di kawasan liputan kami di negeri Perak.

PERKHIDMATAN KAMI
PPCS memberikan rawatan dan sokongan kepada pesakit dan penjaga/keluarga mereka dalam keselesaan tempat kediaman mereka sendiri. Kami juga meminjamkan peralatan perubatan kepada pesakit di bawah Program Penjagaan Rumah kami tanpa sebarang bayaran sewaan.

SOKONGLAH KAMI
Kami bergantung kepada sumbangan derma daripada orang ramai dan organisasi untuk mengekalkan perkhidmatan kami yang diberikan secara percuma kepada semua pesakit kami.