PPCS mempunyai pelbagai peralatan penjagaan rumah seperti katil hospital, tilam riak, penumpu oksigen, kerusi roda, komod, mesin sedutan, dan lain-lain. Peralatan tersebut sedia untuk dipinjamkan kepada pesakit di bawah Program Penjagaan Rumah kami tanpa dikenakan bayaran sewaan. Walau bagaimanapun, deposit akan diperlukan.
Jururawat yang bertanggungjawab akan menilai dan mengesyorkan peralatan yang diperlukan oleh pesakit.