Organisasi swasta dialu-alukan untuk bekerjasama dengan PPCS dalam menyokong masyarakat sebagai sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Pemberian sokongan kepada PPCS menawarkan peluang untuk memastikan pelanggan anda mengenali komitmen anda kepada masyarakat setempat, selain membolehkan anda mendapat pelepasan cukai kerana sumbangan kepada kami dikecualikan cukai.

Terdapat pelbagai cara untuk menyokong kami dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit kami yang merangkumi:
  • Derma tunai untuk membiayai perbelanjaan operasi kami
  • Menaja kakitangan penjagaan paliatif kami untuk tempoh masa tertentu
  • Pesakit angkat. Terdapat lebih daripada 200 pesakit di bawah jagaan kami setiap bulan.
  • Menaja Program Pengumpulan Dana & Kesedaran Komuniti & Pendidikan Komuniti kami.
  • Sumbangan untuk perbelanjaan modal tertentu – contohnya: peralatan perubatan atau pejabat
Kami amat gembira untuk berbincang dengan anda tentang bagaimana organisasi anda akan dapat membantu kami.