
Pertubuhan Rawatan Paliatif Perak (PPCS) ada jawatan kosong untuk jururawat menyertai “Home Care Team” kami. Jika anda sedang mencari peranan kejururawatan yang membolehkan anda melayani pesakit di rumah mereka pada masa ketika penjagaan profesional dan sensitif adalah keutamaan, jawatan ini mungkin untuk anda! Tanggungjawab termasuk melawat pesakit kanser di rumah, memberi ubat untuk menguruskan simptom dan rasa sakit, membantu dengan memberi penjagaan kejururawatan asas, dan memberi sokongan kepada ahli keluarga pesakit. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui telefon (05-546 4732) atau e-mel (admin@ppcs.org.my). Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai kami!